Inisiatif

Peristiwa
20/5/20
Isu
Selangor
Bantuan

Program Ziarah Kasih Ramadhan oleh YB Juwairiya Zulkifli , ADN Bukit Melawati

Asslaamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih dan tahniah kepada YB Puan Juwairiya Zulkifli atas Program Kasih Ramadan yang telah dijalankan semalam, 19 Mei 2020 di sekitar kawasan Bukit Melawati.

Semoga penduduk Bukit Melawati mendapat manfaat dan sedikit keceriaan hasil usaha Puan Juwairiya dan pasukannya.

Hanya Tuhan yang dapat membalas budi Puan dan para sukarelawan yang terlibat.

Dipetik dari FB  Puan Juwairiya Zulkifli:

Program Ziarah Kasih Ramadhan.

19 Mei 2020.

YB Juwairiya hari ini turun ke kawasan bagi menziarahi beberapa keluarga di DUN Bukit Melawati bermula dengan rumah Kak Salimah yang baru sahaja kehilangan suaminya tercinta untuk menyampaikan sumbangan kuih raya dan duit raya untuk anak - anaknya yang yatim.

Seterusnya YB telah menziarahi keluarga Pakcik Aswad yang sakit terlantar serta menyampaikan sedikit sumbangan duit raya dan kuih raya sempena sambutan Aidilftri tidak lama lagi.

YB kemudianya meneruskan kerja dengan menziarahi keluarga Mak Cik Saiyah@Zainab yang juga terlantar sakit selepas suami meninggal dunia. Mak cik Saiyah kini tinggal bersama dengan anaknya yang OKU dan kakaknya yang juga seorang warga emas. Alhamdulillah rumah yang mereka kini tinggal baru disiapkan oleh pihak Zakat Selangor. Kini anak saudaranya yang menjaga mereka 3 sekeluarga. InsyaAllah YB akan cuba membantu keluarga Makcik Saiyah untuk mendapatkan bantuan keperluan lain.

Akhir sekali YB Juwairiya menziarahi Cikgu Nora, balu Allahyarham Cikgu Dollah, guru di SK Pasangan yang meninggal dunia Khamis yang lalu. Pihak Pejabat Dun telah memberi sedikit sumbangan kepada pihak keluarga. Salam takziah diucapkan kepada pihak keluarga.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.