Inisiatif

Peristiwa
8/4/24

Program ‘Rewang Anak Muda’ tahun ini di Dewan Terbuka Batu Caves.

Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak muda Gombak yang berjaya melaksanakan program ‘Rewang Anak Muda’  tahun ini di Dewan Terbuka Batu Caves.

Alhamdulillah, sebanyak 5 ekor lembu telah berjaya disembelih di mana 4 ekor, dagingnya diagih-agihkan kepada yang memerlukan dan seekor lagi dimasak untuk program Moreh Perdana malam semalam.

Sebanyak 350 batang lemang turut dibakar, diagihkan dan dijamu pada malam Moreh Perdana.

Insya-Allah, saya yakin dengan program seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan di kalangan anak muda dalam mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

#KitaSelangor

#Ramadan

#Gombak

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.