Suara

Ekonomi
11/6/20
Selangor
Isu

Potensi Selangor Dalam Industri Aeroangkasa

Pada 31 Mei baru-baru ini, roket SpaceX membawa dua angkasawan veteran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui penerbangan oleh syarikat swasta untuk kali pertama dan sekali gus membuka lembaran baru penjelajahan angkasa lepas.

Dengan 62% syarikat berkaitan aeroangkasa di Malaysia (lebih kurang 230) beroperasi di Selangor dan lebih 20 institusi pengajian tinggi dan akademi menawarkan pembelajaran berkaitan aeroangkasa, Selangor sangat berpotensi meneroka peluang rangkaian dan pelaburan baru bagi merancakkan lagi ekonomi Selangor.

Kerajaan Negeri berharap agar lebih banyak syarikat di Selangor akan mengambil peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem industri aeroangkasa sedunia.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.