Inisiatif

Peristiwa
2/12/23

Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor di atas perkenan untuk meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). SIBF 2023 merupakan kesinambungan Pesta Buku Selangor yang telah dianjurkan selama 17 tahun.

SIBF 2023 dibuka kepada orang ramai bermula semalam hingga 10 Disember di Pusat Konvensyen MBSA, beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam.

Keprihatinan DYMM Tuanku Sultan Selangor terhadap pendidikan dan aspek menuntut ilmu di kalangan rakyat Selangor sentiasa menjadi inspirasi dan pedoman kepada patik dan pentadbiran ini untuk sentiasa mengutamakan agenda pendidikan.

Dirgahayu Tuanku.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.