Suara

Ucapan
13/1/20
Tahun Baru

Penyampaian Amanat Pertama 2020 di Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Selangor

Syukur Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menyampaikan amanat pertama di tahun 2020 di Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Selangor.
Suka saya menegaskan bahawa 2020 adalah pasak permulaan gerak kerja berteras realisme: baik dalam konteks penggubalan dasar hingga ke tahap sistem penyampaian perkhidmatan. 2019 adalah waktu merancang; 2020 adalah waktu untuk perlaksanaan.

Kejayaan demi kejayaan yang kita perolehi tahun lepas wajar untuk menjadi pemangkin untuk kita kekal cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat. Penghargaan yang diterima—pelaburan tertinggi sebanyak RM16 bilion, peningkatan taraf Bandaraya kepada MPSJ; Juara Anti Rasuah, Bangunan Rendah Karbon; sekadar menyebutkan beberapa nama—menunjukkan betapa perkhidmatan awam Selangor boleh menjadi tanda aras kepada agensi-agensi lain sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Selangor turut mencatatkan lebihan hasil sebanyak RM2.32 bilion berbanding unjuran awal sebanyak RM2.269 bilion setakat hujung tahun lepas.
Lebihan sebanyak 2.25% ini membuktikan kecekapan penjawat awam di Selangor dalam mengurus hasil yang perlu bagi membina negeri ini.

Kuatkan tekad dan keazaman bagi melaksanakan pelbagai dasar dan polisi demi maslahah rakyat Negeri Selangor pada tahun 2020 ini. Semoga Selangor terus unggul dan makmur ! #Selangor2020 #SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.