Suara

29/1/20

Penyampaian amanat di Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Selangor

Syukur Alhamdulilah, telah selesai menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Selangor. Dalam Belanjawan Selangor 2020, saya telah mengambil istilah Al-Quran iaitu “Jalan dan kaedah untuk melengkapkan”, “Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh” dan dalam beberapa surah lazim kerap kali menyebutkannya.

Justeru, pemahaman kita sebagai agensi bertanggungjawab yang ingin mengajak dan mendidik umat Islam serta anak-anak generasi dalam negara kita untuk hidup dalam suasana Islam dan sebagainya, pegawai-pegawai jabatan, pengarah, agensi termasuk diri saya sendiri harus memegang kepada konteks cuba sedaya upaya memenuhi tanggungjawab. Ini yang saya sebutkan selalu tentang kaffah (Islam secara keseluruhan) sebab dalam konteks Islam, ia bukan diukur pada solatnya dan imannya sahaja. Konteks akhlak, akhlak kita sesama manusia, haiwan, alam dan pelbagai perkara lain yang terkandung dalam ajaran agama Islam dan kehidupan kita itu sama ada dilaksanakan sepenuhnya atau tidak.

Saya menyeru untuk kita melengkapi jalan dan kaedah tadi untuk mendalami ilmu pengetahuan selaku jabatan dan agensi penting membawa nama islam yang cuba sedaya upaya mendidik umat Islam dan menyemarakkan nama islam bukan hanya melaksanakan tanggungjawab sekadar tanggungjawab, tanggungjawab besar kita kepada Allah dan ia juga dilihat oleh masyarakat dan sahabat-sahabat sekeliling kita.

Dalam amanat saya menerangkan kepentingan berdakwah dengan hujah. Penting untuk para pendakwah memahami dengan cukup baik metodologi pendalilan/line of reasoning sesuatu mazhab / agama dalam penyampaian.

Islam menjadi cemerlang kerana Ilmu. Zaman keemasan Islam ditandai dengan proses terjemahan besar-besaran dan institusi menuntut ilmu. Perlu ada
a. Keberanian untuk belajar, dan mengkaji (Iqra')
b. Semangat untuk berkenal-kenalan (Li ta'arafu)

Dalam usaha untuk kita menyebarkan dakwah Islam, kita haruslah menggunakan cara yang holistik iaitu ‘kaffah’. Maka seharusnya dalam ‘approach’ itu diadunkan Ilmu dan Amal bersama. Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al Asr, “orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh”.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
No items found.
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.