Inisiatif

COVID-19
9/4/20
Isu
Selangor
Bantuan

Penyampaian Agihan Edaran Bantuan Khas 2.0 Bukit Melawati Prihatin Covid-19

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Selangor dikasihi,

Selaku Menteri Besar Selangor saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ADN Bukit Melawati, YB Juwairiya Zulkifli dalam menggerakkan program Bukit Melawati Prihatin Covid-19 semalam bersama pasukan beliau.

Syabas dan mari kita semua warga Selangor membantu sesama sendiri di saat-saat begini.

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari FB ADN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli:

Penyampaian Agihan Edaran Bantuan Khas 2.0 Bukit Melawati Prihatin Covid 19.

8 April 2020.

YB Juwairiya telah menyampaikan agihan edaran Bantuan Khas 2.0 Bukit Melawati Prihatin Covid19 kepada pasukan YB yang terdiri daripada Pengerusi JKP Kawasan Taman, Ketua Kampung, serta wakil Pejabat DUN untuk diedarkan kepada 400 buah keluarga yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.