Inisiatif

Peristiwa
27/1/23

Penubuhan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang

Kenyataan Media

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang

Bersama

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang

Penubuhan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang

Kuantan, 27 Januari 2023

1. Malam tadi, pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Negeri Pahang telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di negeri ini dengan keterlibatan kedua-dua parti.

2. Pertemuan bersejarah itu telah menyaksikan penubuhan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang yang akan dipengerusikan secara bersama oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang dan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Pengerusi Pakatan Harapan Pahang.

3. Majlis ini akan menjadi platform perbincangan dan rundingan dasar ke arah menyelesaikan isu rakyat agar dapat menjamin keutuhan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang untuk sepenuh penggal.

4. Selain itu, kedua-dua parti ini juga turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar ia selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

5. Semangat musyawarah ini diharapkan dapat mengetepikan perbezaan politik dan memfokuskan segala usaha demi kebaikan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Kenyataan Bersama:

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang

dan

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.