Inisiatif

COVID-19
21/5/21
Isu
Selangor

Pengalaman Melawat PKRC MAEPS pada 1 Syawal 1442H

1 Syawal sering dikaitkan dengan kegembiraan serta kemeriahan bersama ahli keluarga. Namun, para petugas di PKRC MAEPS mengorbankan 1 Syawal mereka bagi memastikan kita menang melawan virus COVID-19. Menginsafi komitmen dan pengorbanan mereka, saya melakukan lawatan kerja untuk memberikan semangat, menghargai usaha dan turut membawa buah tangan seperti lemang dan rendang. Usaha ini sangat kecil berbanding usaha mereka yang bertungkus lumus tanpa henti siang dan malam. Saya turut berbincang dengan Dr Shahabuddin tentang ruang untuk Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan dan meningkatkan bantuan yang telah kita berikan selama ini dari segi logistik dan keperluan operasi. Semoga kerjasama dan usaha bersama ini akan membuahkan hasil, InsyaAllah.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.