Inisiatif

COVID-19
13/9/20
Isu
Selangor

Pengagihan Topeng Muka Guna Semula di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 Shah Alam

Kerajaan Negeri menyedari bahawa norma baharu kehidupan para pelajar sekolah memberi kesan kepada kewangan ibu bapa. Kos membeli pelitup muka yang wajib dipakai di sekolah memberi kesan kewangan terutama kepada golongan yang berpendapatan sederhana.

Oleh itu sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pemberian khas pelitup muka percuma yang boleh diguna semula sebanyak 1 juta keping kepada seluruh pelajar dan guru di Negeri Selangor.

Majlis penyerahan pelitup muka ini merupakan acara tanda bermulanya inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyumbang pelitup muka secara percuma kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Selangor seperti yang diumumkan.

Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat sepanjang bulan September ini melalui koordinasi SUK Selangor, Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor bersama-sama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar, guru serta ibu bapa dan kita dapat memelihara anak anak kita dari bahaya wabak COVID-19.

#SelangorGempurCOVID19

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.