Inisiatif

Terkini
25/3/24

Pelaburan tinggi sebanyak RM55.3 bilion

Selangor terus menerima pelaburan tinggi sebanyak RM55.3 bilion pada tahun lalu dalam pelbagai sektor. Pencapaian ini telah mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat selain manfaat ekonomi yang lain.

Ketika berhadapan iklim ekonomi global mencabar yang masih dalam proses pemulihan akibat COVID-19, serta persekitaran politik pasca PRN15, rekod pelaburan melebihi RM50 bilion pelaburan adalah bukti kemampuan Kerajaan Negeri mengurus ekonomi dengan bertanggungjawab.

Bagi membina tawaran kerja sekaligus memenuhi kehendak pasaran, Kerajaan Negeri membangunkan pendidikan TVET sesuai dengan gerak kerja industri. Selain secocok dengan keperluan industri, langkah membekal kemahiran aras tinggi ini turut menyumbang kepada pendapatan yang tinggi.

Insya-Allah Kerajaan Negeri akan terus merangka pelbagai strategi dan program bagi meningkatkan serta merancakkan pelaburan di Selangor.

#KitaSelangor

May be an image of ‎text that says '‎د PELABURAN RM55.3 BILION DALAM 2023 SELANGOR TERUS MENJANA MINAT KOMUNITI PERNIAGAAN #KitaSelangr‎'‎

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.