Media

COVID-19
6/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Panduan Sektor dan Status Operasi sewaktu PKPBD oleh STFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 1 Mei lalu, Kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai. Ketetapan seperti berikut:

1. Para penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei hanya kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Penjaja bukan berpremis, peniaga gerai dan pengusaha trak saji (foodtruck) hanya boleh mula beroperasi bermula dari 12 Mei.

2. Pasar Malam, Pasar Pagi, Jualan Karnival, Bazar Ramadan dan Aidilfitri tidak dibenarkan selaras dengan arahan MKN.

3. Orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti sahaja dengan mengamalkan penjarakan sosial. Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung / tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup.

4. Taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibuka. Aktiviti mendaki (hiking) seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan.

5. Sektor pembinaan dan industri yang dinyatakan dalam Akta 520 dibenarkan beroperasi sepenuhnya namun kebenaran beroperasi hanya akan diberikan oleh PBT setelah setiap syarikat menghantar Pelan Tindakan Keselamatan dan Kesihatan.

6. Kerajaan Negeri mewajibkan penggunaan topeng muka (face-mask). Kerajaan Negeri akan meneliti semula pelaksanaan PKPBD ini sekiranya kawasan tersebut menjadi zon merah.

Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru. Urusan lain yang tidak disenaraikan boleh beroperasi seperti biasa tertakluk kepada arahan MKN dan makluman Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri menyedari tanggungjawab untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Justeru, langkah bertahap yang dilaksanakan amat perlu sebagai sebahagian dari pendekatan “soft landing” supaya kesan wabak Covid-19 ini dapat ditampan dengan lebih baik.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.