Suara

Peristiwa
13/7/22
Bantuan
Isu
Selangor

My Metro: Kerosakan Stadium Shah Alam bukan perkara baharu - Amirudin

Kuala Selangor: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan kerajaan negeri pimpinannya tidak melakukan kerja penyelenggaraan Stadium Shah Alam secara berterusan, seperti yang didakwa Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, masalah kerosakan stadium itu sudah berlarutan sejak zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di mana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

"Kerosakan (stadium) itu bukan perkara baharu. Ia perlu ditangani secara menyeluruh termasuk cadangan meroboh.

"Beliau (Noh) tidak faham apa-apa. Sebab itu, beliau keluarkan statement (kenyataan) begitu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Korban Perdana PKPS di Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Pada masa sama, Amirudin menjelaskan, kerajaan negeri melaksanakan kajian sejak dari awal berhubung status Stadium Shah Alam sama ada perlu diselenggara atau dirobohkan bagi penjimatan kos.

"Setiap tahun, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk kos penyelenggaraan selain terpaksa membelanjakan lebih RM30 juta bagi kerja baik pulih sistem perpaipan yang rosak teruk.

"Peruntukan tidak pernah kurang, tetapi ada beberapa nilai atau bangunan berusia lebih 30 tahun kena semak semula. Sebab itu, kita mesti lakukan semakan yang tepat, baru boleh tahu kedudukan dan masalah bangunan terbabit," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.