Inisiatif

Peristiwa
7/2/24

MoU MPAJ bersama CelcomDigi

Saya telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersama CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) bagi pelaksanaan projek bandar pintar.

Insya-Allah kerjasama ini membolehkan perkhidmatan teknologi 5G disediakan di sekitar kawasan Hulu Kelang yang bakal membina satu ekosistem bandar pintar bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di kawasan tersebut.

Ini adalah sebagai satu ‘pilot project’ ataupun projek perintis di mana Insya-Allah, ia akan diteruskan di bandar-bandar lain di Selangor selaras hasrat menuju Negeri Pintar 2025.

Terdahulu, saya turut merasmikan Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, surau dan sebagainya. Ditambah nilai pula dengan pembinaan taman awam yang berkonsepkan ‘Taman Hijau Dalam Bandar’ untuk kemudahan penduduk tempatan.

Tahniah saya ucapkan kepada MPAJ diatas usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup penduduk bagi mewujudkan Ampang Jaya sebagai bandar berdaya huni dan pintar.

#KitaSelangor

#AmpangJaya


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.