Inisiatif

Peristiwa
2/4/24

Menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Gombak

Selesai solat Tarawih di Surau Nurul Iman, Batu 10 Gombak, saya menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Gombak yang terdiri daripada kekuatan seramai 36 anggota dan NGO Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Menariknya, saya turut dibawa melihat aset-aset milik Pasukan Bomba Sukarela Gombak seperti Light Fire Rescue Tender (LFRT), jentera water tanker dan skylift. Turut dipamerkan aset-aset milik Dana Kita seperti Mobile Lab iaitu bas yang dijadikan pusat internet bergerak yang mampu menjadi command center apabila berlakunya bencana, ambulans Dana Kita juga van jenazah.

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong usaha pembangunan sukarelawan di negeri ini dan menjadi rakan strategik dalam memberi perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial kepada rakyat.

Kerajaan Negeri telah bersetuju tahun lalu untuk mewartakan tanah seluas 2.6 ekar bagi tujuan kegunaan oleh pasukan bomba sukarela ini.

#KitaSelangor

#Ramadan

#Gombak

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.