Suara

Ekonomi
2/9/20
Selangor

Mengembangkan Peluang Pekerjaan Menerusi Sektor Pembuatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Penempatan syarikat gergasi di Selangor seperti Hartalega, IKEA, Perodua Global Manufacturing, Proton, Top Glove dan berbagai-bagai lagi menawarkan pelbagai peluang kerjasama serta potensi perniagaan. Strategi ini membuahkan hasil lumayan untuk negeri Selangor merancang kemajuan.

Dari Januari hingga Mac 2020, sebanyak 61 projek diluluskan lagi di Selangor yang melibatkan pelaburan bernilai RM1,460.4 juta. Peluang pekerjaan yang dijana hasil dari pelaburan asing dan tempatan pasti akan memberi manfaat terhadap rakyat Malaysia secara amnya dan Selangor khususnya.

Invest Selangor mengemudi usaha yang baik dalam menjadikan negeri ini magnet pelaburan. Semua ini demi warga Selangor agar peluang yang terlahir dari usaha ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi menjamin masa depan semua.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.