Inisiatif

Peristiwa
6/2/24

Menerima kunjungan hormat daripada YB Dr Zaliha Mustafa

Alhamdulillah, saya telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dr Zaliha Mustafa , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Shah Alam. Seterusnya, satu perbincangan menyeluruh turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan berkaitan seperti Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, DBKL, PBT Selangor, LUAS, Air Selangor dan ramai lagi.

Antara isu yang dibincangkan adalah persempadanan semula Selangor dan Kuala Lumpur yang akan dimuktamadkan melalui satu memorandum persefahaman (MOU) tahun depan yang menumpu penyelesaian aspek pembayaran cukai taksiran dan penyelenggaraan kawasan oleh pihak berkuasa tempatan.

Antara isu lain adalah kesinambungan isu projek kawalan air yang melibatkan Sungai Klang yang telah dibincangkan dalam pertemuan sebelum ini dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan urus tadbir pihak DBKL dan PBT Selangor berkaitan isu penyelenggaraan supaya tidak berlaku pertindanan atau kelemahan.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor terus makmur dan sentosa.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.