Inisiatif

Ekonomi
23/12/20
Belanjawan Selangor 2021
Isu
Selangor

Melindungi Guru KAFA Selangor Menerusi PERKESO

Pembangunan pendidikan Islam di Selangor terus maju dan menyinar. Antara inisiatif baru ialah caruman PERKESO kepada 4,200 orang guru KAFA di seluruh Selangor. Sebanyak RM1.1 juta telah disediakan sebagai caruman majikan dan diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2021.

Caruman PERKESO merupakan salah satu usaha memelihara kebajikan serta memantapkan kemajuan Islam di Selangor. Pelbagai program serta inisiatif yang lain telah dirangka dan bakal dilaksanakan pada tahun hadapan bagi memantapkan kemajuan institusi agama Islam demi kesejahteraan ummah.

Di Selangor, Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menerima manfaat dan kelebihan berbanding negeri lain seperti kenaikan elaun, bantuan tambahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan kelonggaran menyambung pengajian.

Semoga usaha membela para guru KAFA ini menjadi pemangkin  menyumbang bakti kepada anak-anak muda.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.