Suara

Peristiwa
21/9/20
Selangor
Negara

Mari Anak Sabah di Selangor Pulang Mengundi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai tanda solidariti kepada para pengundi Sabah, saya menyokong kempen Pulang Mengundi Sabah dan bersetuju untuk memberi sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia bagi membawa pulang rakyat Sabah yang berada di Semenanjung supaya mereka dapat turut sama mengundi pada Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung Sabtu hadapan.

Ini adalah sebagai tanda sokongan saya kepada demokrasi dan sumbangan ini dijangka dapat memanfaatkan lebih kurang tiga puluh orang pengundi.

Saya menggesa orang ramai yang sudi menyumbang untuk menghulurkan bantuan dengan mengikuti akaun @PulangMengundiSabah di Facebook serta @PulangMengundi di Twitter.

Saya juga komited menyuburkan amalan demokrasi di negara ini dan memperkukuhkan semangat setiakawan rakyat berbilang kaum berteraskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.