Inisiatif

Peristiwa
22/3/24

Majlis Mahabbah Ramadan Madani

Pagi ini saya bersama anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Majlis Mahabbah Ramadan Madani anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor.

Dalam ucapan, saya sentuh berkenaan semangat madrasah Ramadan yang menuntut kita untuk fokus dalam perjuangan. Kisah Perang Badar contohnya yang berlaku ketika Ramadan merupakan contoh di mana semangat juang yang berkobar kobar meskipun berpuasa mampu menjadi pemangkin kepada kemenangan menentang kebatilan.

Saya juga singkap keadaan kita di zaman ‘Age of Distraction’ ini di mana media sosial menjadi medan yang mampu mengalih perhatian dan menggangu matlamat kita. Kita harus kekal fokus dan bersemangat untuk membawa kemakmuran serta kemajuan di Selangor.

Alhamdulillah berbekalkan semangat berlumba-lumba melaksanakan kebaikan ataupun ‘fastabiqul khairat’ di bulan Ramadan ini, saya turut mengumumkan Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri 2024 sebanyak sebulan gaji atau minimum RM 1000 kepada penjawat awam Negeri Selangor. Beberapa kategori lain seperti pemimpin masyarakat, penggerak masjid, Guru KAFA dan Guru Rakyat turut kita santuni dengan bayaran khas.

Insya-Allah.

#KitaSelangor

#Ramadan

#Aidilfitri

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.