Inisiatif

Peristiwa
22/3/24

Majlis Mahabbah Ramadan Madani

Alhamdulillah, bermula dengan Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama-sama penjawat awam di awal pagi dan ditutup dengan majlis berbuka puasa lewat petang tadi.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika dia bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Jadi saya ingin menzahirkan rasa gembira saya kerana dapat bersama-sama dengan keluarga besar saya, iaitu kakitangan penjawat awam negeri Selangor yang hadir pada hari ini dan meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama dalam majlis ini.

Insya-Allah, dengan himpunan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan dan kebersamaan yang telah kita gembleng selama ini untuk meneruskan agenda-agenda yang telah dirancang untuk masa hadapan.

#KitaSelangor

#Ramadan

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.