Inisiatif

Peristiwa
21/3/24

Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam dan Penggerak Masyarakat di Daerah Gombak.

Alhamdulillah semalam saya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam dan Penggerak Masyarakat di Daerah Gombak.

Majlis yang dihadiri hampir 1000 orang ini merupakan ruang untuk saya berkongsi amanat dan pandangan serta menghargai khidmat bakti para petugas dan penggerak di Daerah Gombak.

Agensi terutama Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai program dan projek untuk manfaat rakyat di Daerah Gombak. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan.

Di kesempatan ini juga saya turut menyerahkan sumbangan kepada 26 persatuan sukan, kebajikan dan rekreasi di Daerah Gombak. Sumbangan berjumlah RM 78 ribu ini adalah bertujuan untuk mengalakkan aktiviti sukan, riadah dan kemasyarakatan di kalangan para penjawat awam. Semoga memberi manfaat sebaiknya.

#KitaSelangor

#Ramadan

#Gombak

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.