Inisiatif

Peristiwa
17/3/24

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Alam Shah, Klang.

5 Ramadan setiap tahun adalah Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Almarhum mangkat pada 5 Ramadan 1422 Hijrah bersamaan 21 November 2001 sewaktu bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 11 dan Almarhum juga merupakan Sultan Selangor ke 8.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan menempatkan Almarhum di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.

Usai majlis tersebut, DYMM Sultan Selangor turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Menjunjung kasih DYMM Tuanku

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.