Inisiatif

COVID-19
30/3/20
Isu
Selangor

Lebih 30 Premis Jalani Proses Nyahkuman di Klang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga Selangor,

Ingin saya kongsikan ikhtiar Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan proses nyah kuman di lebih 30 premis tumpuan awam bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Pengarah Kesihatan MPK, Azmi Muji berkata kawasan terbabit adalah Ibu Pejabat MPK, Pejabat Tanah & Daerah Klang, Plaza MPK, Hentian Bas Klang Utara, Pejabat POS Klang Utara, Pasar Besar Meru, Pasar Pelabuhan Klang, Pasar Besar Kapar, Stesen Komuter Klang dan Kompleks Sukan Pandamaran.

“Proses itu dilaksanakan 15 petugas bahagian kesihatan sejak 23 Mac lalu yang dibekalkan pam penyembur selain peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan."

“Kami menggunakan campuran larutan air dan cecair peluntur. Kita akan meneruskan operasi ini sehingga keadaan kembali selamat,” katanya seperti dilaporkan oleh SelangorKini.

Klang mencatatkan 62 kes positif Covid-19 adalah antara 15 daerah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai zon merah kerana merekodkan lebih 40 kes.

Ayuh kita jalankan peranan kita dan #DudukRumah.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.