Inisiatif

Peristiwa
19/4/24

Lawatan ke Siemens Mobility Rail Service Center

Di Dortmund hari ini dalam satu lawatan ke Siemens Mobility Rail Service Center yang menyediakan teknologi rel terkini di Jerman.

Delegasi Selangor diberi penerangan tentang ketersediaan Siemens Mobility dalam bidang rel yang memiliki 5.5 kilometer rel di Dortmund-Eving dan telah membina sebuah bengkel enam landasan, sebuah gudang tiga tingkat, dan sebuah fasiliti pembersihan pembersihan keretapi. Semua proses penyelenggaraan ini beroperasi 100% tanpa menggunakan kertas!

Pengetahuan yang ditimba daripada lawatan ini bukan sahaja terbatas kepada memastikan pertukaran kepakaran malahan juga memenuhi keperluan Negeri Selangor melalui keterlibatan industri berteraskan pengetahuan merentasi penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan teknologi.

Lawatan kali ini juga adalah sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan Rel Kita Selangor yang telah menjadi sebahagian dari manifesto Kerajaan Perpaduan Selangor dalam pilihan raya lalu.

Dengan hubungan yang lebih kukuh bersama Siemens Mobility Rail Service Center, kerajaan negeri akan dapat membawa masuk teknologi dan kepakaran agar terus membangunkan automasi selaras IR 4.0.

Insya-Allah saya juga akan bertemu delegasi Siemens yang diketuai CEO mereka bagi meneroka peluang kerjasama dan potensi pelaburan Siemens di Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.