Inisiatif

Peristiwa
26/9/23

Lawatan ke Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.

Saya bersama-sama dengan YB Najwan Halimi Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Sdr. Noor Amin Ahmad Pengerusi Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Datin Paduka Hajah Mastura Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, bersama-sama dalam satu sesi lawatan kerja ke Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.

Antara agenda dalam lawatan kerja ke Indonesia sebagai memenuhi jemputan ke Pesta Buku Antarabangsa Indonesia, adalah untuk mengukuhkan hubungan antara perpustakaan-perpustakaan awam di Malaysia bersama Perpustakaan Nasional Republik Indonesia. Wakil delegasi turut diberi penerangan tentang transformasi perpustakaan Indonesia yang boleh dijadikan contoh dan panduan. Saya turut berkongsi tentang pengalaman perpustakaan awam di Selangor yang telah melalui proses rejuvenasi atau peremajaan.

Turut berlangsung majlis menandatangani MoU di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) dengan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia yang akan mengukuhkan kerjasama kedua-dua pihak, antaranya kerja-kerja mengumpulkan buku-buku dan karya-karya yang boleh digabungkan bersama-sama dan potensi kerjasama yang lain.

Insya-Allah, dengan kerjasama ini akan mencerahkan masyarakat dan rakyat di samping membangunkan budaya membaca dalam negeri kita.

Saya rakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Bapak Drs. Muhammad Syarif Bando, Kepala Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) dan seluruh warga PERPUSNAS atas kesudian menerima kami dan kerjasama ini.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.