Media

Polisi
14/7/20
Selangor

Larangan Merokok & Meminum Minuman Keras di Taman Sekitar Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan perintah arahan larangan menghisap rokok, rokok elektronik (termasuk vape) dan meminum minuman keras di taman permainan serta rekreasi. Pelaksanaan itu telah bermula hari ini dan jika terdapat individu melakukan kesalahan, kompaun boleh dikenakan sehingga RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Perintah ini juga selaras dengan situasi pasca COVID-19 yang menuntut keselesaan dan kesihatan pengunjung. Para anggota penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melaksanakan pemantauan berkala di seluruh taman.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.