Inisiatif

COVID-19
21/9/21
Isu
Selangor
Bantuan

Kosmo: LZS sumbang RM1 juta, bantu intitusi perubatan awam Selangor

SERDANG – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sumbangan sebanyak RM1 juta wang pengurusan operasi amil bagi membantu institusi perubatan awam dan petugas barisan hadapan di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop berkata, sumbangan tersebut yang diperuntukkan di bawah salah satu inisiatif bantuan Zakat Selangor Peduli sebagai tanda sokongan dan keprihatinan amil zakat Selangor membantu kesiapsiagaan institusi perubatan menangani penularan Covid-19.

“Setiap hospital menerima sumbangan di antara RM30,000 hingga RM100,000 bergantung kepada keperluan hospital.

“Ia akan digunakan bagi pembelian keperluan Covid-19 seperti katil, tilam, kerusi roda, alat bantuan pernafasan, tong oksigen dan sebagainya,” katanya

Beliau berkata demikian dalam Majlis Serahan Sumbangan Zakat Selangor Peduli Kepada Barisan Hadapan dan Hospital Covid-19 di Hospital Serdang hari ini.

Pada majlis tersebut, LZS turut menyampaikan sumbangan kepada Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Ampang masing-masing sebanyak RM100,000, diikuti Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Serdang sebanyak RM90,000 setiap satu.

Sementara itu, Hospital UiTM menerima sumbangan sebanyak RM80,000 manakala Hospital Shah Alam, Hospital Kajang dan Hospital Banting pula RM50,000.

Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tanjong Karang dan Hospital Sabak Bernam masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM30,000. -K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.