Media

COVID-19
7/7/20
Isu
Negara

Kes Jangkitan dan Kematian Akibat COVID-19 Mengikut Negara bertarikh 7 Julai 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi laporan dari KKM mengenai kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dunia mengikut negara.

Jumlah kes COVID-19 telah hampir kepada 12 juta kes. Negara Amerika Syarikat telah melebihi 3 juta kes dan Qatar menjadi negara yang ke 21 dengan jumlah kes melebihi 100 ribu kes.
Negara Australia mula menunjukkan peningkatan kes bagi gelombang kedua ini dan berada di atas negara Malaysia pada masa kini. Dengan keadaan sebegini, Kerajaan Australia telah menguatkuasakan perintah bekurung ke atas Melbourne dan juga menutup 55 sempadan Victoria dan New South Wales bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Di harapkan kita jangan alpa dan terus kekal mengamalkan 3W (Wash, Wear and Warn) dan elakkan 3S (Tempat yang sesak, sempit dan bersembang secara dekat).

Sentiasa memerangi wabak COVID-19 di mana jua berada.

#SelangorGempurCOVID19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.