Inisiatif

COVID-19
8/5/21
Isu
Selangor

Kerajaan Taja Pengangkutan Pulang Mahasiswa

INISIATIF PENGANGKUTAN PERCUMA MAHASISWA SELANGOR PULANG DARI UNIVERSITI

Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan kemudahan pengangkutan pulang dari universiti secara percuma bagi 352 pelajar dari 6 buah institusi pengajian tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri.

Inisiatif ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah diadakan pada 28 April 2021 yang telah bersetuju untuk membenarkan pelajar IPT untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Raya Aidilfitri kecuali Wilayah Sarawak.

Kemudahan ini bertujuan meringankan beban ibu bapa di Selangor yang sudahpun mengalami tekanan kewangan berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi serta kesan ekonomi yang menyusul.

6 universiti yang terlibat adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Parit Raja, Johor Darul Takzim; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh; Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang; Universiti Teknikal Melaka (UTEM); Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Proses penghantaran ini akan dijalankan dengan kawalan ketat Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) untuk memastikan kesihatan pelajar terjaga.

Pelajar-pelajar dari Zon Utara dijangka tiba di pejabat SUK Selangor pada 8hb Mei manakala pelajar dari Zon Pantai Timur dijangka tiba pada 9hb Mei, dan kemudian akan disambut oleh ibu bapa mereka untuk diambil pulang ke rumah.

[BACA KENYATAAN MEDIA]

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.