Suara

Siaran Akhbar
13/1/20
Air

Kerajaan Negeri tetap mahu ambil alih IWK

Kami yang bertugas di bawah Kerajaan Negeri terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih operasi syarikat pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) bagi memastikan pelepasan air menepati kualiti ditetapkan.

Saya percaya ketiadaan jaminan berkenaan menyebabkan pihaknya terpaksa memikul tanggungjawab termasuk isu pencemaran bau.

Kita akan teruskan sebab output (hasil keluaran) IWK memberi kesan langsung kepada kualiti air yang akan mengalir ke pintu muka sauk.

Kalau sudah beberapa kali tidak ada jaminan, adalah lebih baik kita uruskan dan tentukan kualiti air sendiri. Masalahnya kualiti itu tidak ditentukan.

Sebelum ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhasrat untuk mengambil alih operasi IWK bagi mengawal kualiti air supaya tidak memberikan kesan di loji rawatan.

Langkah ini adalah bagi memastikan masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang tidak berulang terutama membabitkan pencemaran bau.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.