Inisiatif

Peristiwa
20/4/24

KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN SEGERA

20 APRIL 2024

Saya telah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard yang mendakwa YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah meluluskan tanah kepada syarikat beliau sendiri.

Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd.

Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi usaha membersihkan nama Dato' Menteri Besar Selangor berkaitan dakwaan mengkal ini.

Saya sepenuhnya meyakini bahawa dakwaan ini adalah sejenis episod tuduhan ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan episod yang diputar belit sewaktu Pilihanraya Negeri Selangor ke 15 yang menyaksikan penuduh kini sedang menghadapi tindakan saman daripada Dato' Menteri Besar sendiri.

Taktik ini tidak lain merupakan cubaan terdesak pihak tertentu menjelang Pilihanraya Kecil N06 Kuala Kubu Bharu yang sangat mudah dibaca jalan cerita dan skripnya.

Dengan beberapa fakta salah dan tersasar yang dikenalpasti melalui hantaran beliau terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancar serangan politik murahan.

Selamat maju jaya.

SAIFUDDIN BIN SHAFI MUHAMMAD

Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor

May be an image of text
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.