Suara

COVID-19
12/3/20
Isu

Kenyataan Media mengenai wabak Covid-19 dari Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Susulan #COVID-19 dikategorikan pandemik oleh WHO, serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor akan membatalkan program-program besar untuk mengurangkan risiko penularan virus ini.

Segala langkah pencegahan sedang dan akan diambil bagi membendung penularan virus ini dari memudaratkan Rakyat.

Pagi ini saya telah berbincang dengan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia yang kini Ketua Task Force Pencegahan Covid-19 Selangor. Berikut adalah senarai ahli Task Force ini :

1. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
2. Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong
3. Dato Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman
4. Dato' Dr. Fadzilah Kamaludin
5. Prof. Dr. Abdul Rashid bin Abdul Rahman
6. Dr.Yap Wei Aun

Task Force ini akan mengawal, menangani dan meningkatkan usaha penyedaran awam melalui kerangka Kerajaan Negeri Selangor untuk menghadapi wabak COVID-19. Saya dan kami semua di Pejabat Menteri besar Selangor berharap warga Selangor bekerjasama dan  mengikuti langkah berjaga-jaga dalam usaha membendung perebakan wabak ini bersama.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.