Kenyataan Media Inisiatif Penjagaan Anak Frontliner (iPAF) Dalam Tempoh PKPB

Menyedari para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus semasa PKPB, Kerajaan Negeri sukacita memaklumkan Taska Tambahan yang diaktifkan semula untuk dijadikan kemudahan pusat jagaan anak-anak frontliners.
Kemudahan ini dibuka untuk para petugas perubatan, anggota polis dan tentera. Semoga inisiatif ini akan membantu mengurangkan beban para petugas barisan hadapan yang sentiasa komited melancarkan pelaksanaan PKPB.