Inisiatif

COVID-19
30/3/20
Isu
Selangor
Bantuan

Kawalan Tambahan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua Peringkat Selangor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor dan pihak tenaga kerja YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin saya kongsikan infografik mengenai perincian tambahan kawalan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua yang akan berkuatkuasa sehingga 14 April di peringkat negeri Selangor.

Sila ambil perhatian waktu-waktu operasi yang ditetapkan dan ingin saya ingatkan yang Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua ini bermula 1hb April adalah seperti berikut :

Pasar Borong: 6.00 pagi – 4.00 petang

Pasar Awam: 8.00 pagi – 4.00 petang

Pasaraya, Kedai Runcit & Serbaneka: 8.00 pagi – 8.00 malam

Restoran: 8.00 pagi – 8.00 malam

Perkhidmatan penghantaran (delivery): 8.00 pagi – 8.00 malam

Pengangkutan Awam: 6.00 pagi - 10.00 pagi dan 5.00 petang – 10.00 malam

Pengangkutan Komersial: 7.00 malam – 7.00 pagi

E-hailing & Teksi : 6.00 pagi – 10.00 malam

Stesen Minyak: 8.00 pagi – 8.00 malam

Peraturan Tambahan ini akan berkuatkuasa 1 April 2020. Penyelarasan lanjut dengan Pihak Berkuasa Tempatan serta Pegawai-pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah akan diselaraskan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Semoga warga Selangor semua mengambil tindakan dan merancang waktu pembelian mengikut masa yang ditetapkan.

#DudukRumah

#KitaJagaKita

#SelangorGempurCovid19

Di sini saya juga berkongsi kenyataan media mengenai ketetapan terkini kerajaan negeri Selangor susulan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan negeri Selangor buat rujukan semua.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.