Media

COVID-19
26/5/20
Isu
Negara

Jumlah Taburan Kes Covid-19 di Malaysia - 25 Mei (bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semenjak perayaan Aidilfitri , kes Covif-19 telah mengingkat sekali ganda mengikut KKM. Namun, kenaikan angka itu ada penjelasannya. Ikuti penerangan pihak KKM.

#SelangorGempurCovid19

Semalam 25 Mei, sebanyak 172 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan, naik sekali ganda berbanding 60 kes pada 24 Mei. Sehari sebelum itu, hanya 48 kes baharu dilaporkan.

Kenaikan ini telah menimbulkan kebimbangan dan ada mendakwa kebenaran merentas negeri bagi individu tertentu dengan alasan kerja dan kecemasan sebagai punca.

Ada juga menyalahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tidak mematuhi SOP.

Daripada 172 kes baharu yang dilaporkan semalam, 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 167 kes penularan tempatan.

Daripada 167 kes penularan tempatan ini, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia. Daripada 159 kes ini pula, 112 berlaku di tiga Depoh Tahanan Imigresen DTI).

Maksudnya, sebahagian kes ini berlaku di DTI Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang. Rakyat asing atau Orang Kena Tahan (OKT) ini telah diasingkan lebih awal daripada masyarakat tempatan dan kes-kes baharu itu disebabkan jangkitan dalam kalangan tahanan dalam DTI.

Bagi KKM, jangkitan ini 'lebih mudah dikawal' kerana berlaku dalam kawasan yang dikawal. Strategi sasaran tertumpu yang digunakan KKM akan lebih berkesan untuk mengesan pesakit.

Ia tiada kaitan dengan kelonggaran rentas negeri yang diberikan kepada individu tertentu dan sambutan Hari Raya.

Oleh kerana tempoh inkubasi adalah 14 hari, kesan rentas negeri dengan kebenaran atau tanpa kebenaran hanya dapat dilihat dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Begitu juga dengan kebenaran ziarah hari raya. Jika ramai tidak mematuhi SOP, kes boleh meningkat berkali ganda dan ini dapat dilihat tempoh 14 hari dari sekarang.

KKM meramalkan bilangan kes baharu terus bertambah dalam tempoh dua tiga hari ini dan sebahagian besar melibatkan warganegara asing di DTI.

Ia berlaku kerana dua sebab iaitu:

1. Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh KKM di tiga DTI terlibat.

2. Keputusan hasil ujian makmal yang sebelum ini 'pending'.

Kebimbangan yang ditunjukkan orang ramai susulan pertambahan kes baharu ini adalah sesuatu yang positif.

Apabila kita bimbang, secara langsung kita akan meningkatkan amalan-amalan pencegahan yang disarankan.

Namun, kebimbangan tanpa sebab munasabah adalah juga satu kebimbangan kerana ia boleh mendorong orang untuk menyebarkan maklumat tidak benar dan menggelirukan.

Admin-

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.