Media

Peristiwa
22/3/24
Selangor
Bantuan
Perayaan

Harian Metro: Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid At-Tuqo, berbuka bersama rakyat

Kuala Selangor: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Masjid At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini.

Ketibaan baginda pada 6.30 petang yang diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim.

Hadir sama Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 466 penerima terdiri daripada asnaf, fakir miskin dan mualaf bagi daerah Kuala Selangor dengan jumlah keseluruhan RM233,000.

Baginda juga berkenan melafazkan titah perasmian Masjid At-Tuqo sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan acara itu.

Dibina pada 1950, masjid berkenaan telah melalui proses baik pulih dari semasa ke semasa dan kini mampu memuatkan sebanyak 800 jemaah dalam satu-satu masa melibatkan kariah Kampung Ampangan dan Kampung Haji Razali.

Sultan Sharafuddin turut menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.