Inisiatif

Peristiwa
10/10/21
Isu
Selangor
Pakej Kita Selangor 2.0

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021

Tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan angka yang membimbangkan apabila 1,080 kes percubaan membunuh diri dilaporkan.  Polis Diraja Malaysia pula telah merekodkan 336 kes bunuh diri sehingga Mac 2021 lalu dan statistik ini sangat menggusarkan.

Kerajaan Negeri telah memulakan pelbagai inisiatif sejak tahun lalu bagi mengutamakan agenda kesedaran kesihatan mental. Baru-baru ini, inisiatif Selangor Mental Sihat (SEHAT) dalam aplikasi SELangkah merupakan usaha terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu warga Selangor menangani isu kesihatan mental. Usaha-usaha meningkatkan kesedaran dan literasi mengenai isu-isu sebegini wajar dirancakkan dalam kalangan komuniti bagi melahirkan masyarakat yang sihat serta harmoni.

Setiap dari kita mempunyai peranan yang boleh dimainkan bagi memastikan kesihatan mental terpelihara. Cakna dengan keadaan orang sekeliling dan dapatkan bantuan segera.

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia buat seluruh warga Selangor, ayuh bersama menuju kesaksamaan kesihatan mental.

#KitaSelangor
#WorldMentalHealthDay

__

Dato’ Seri Amirudin Shari

Dato’ Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.