Inisiatif

COVID-19
2/4/20
Isu
Selangor
STFC19

Garis Panduan Tambahan Untuk Restoran oleh Selangor Task Force Covid-19

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor atau Selangor Task Force for Covid-19 (STFC) mengambil maklum bidang Kesihatan adalah di bawah jurisdiksi Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan negeri bertindak dalam rangka untuk membantu (complement) usaha-usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai ‘Custodian of Health’ – ‘Penjaga Kesihatan’ untuk seluruh Persekutan Malaysia.


Ikuti garis panduan tambahan buat pemilik restoran bagi memastikan wabak Covid-19 tidak tersebar di premis perniagaan anda.


1. Tiada khidmat makan/dine-in disediakan

2. Penghantatan (Delivery) dibenarkan dan digalakkan

3. Sediakan hand sanitizer di premis anda

4. Amalkan social distancing di kalangan pekerja dan penunggang penghataran makanan


Bersama kita mesti menang!

#SelangorGempurCovid19

SILA PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN PIHAK BERKUASA PERSEKUTUAN YANG BERKAITAN

Siapakah Sasaran Garis Panduan Tambahan ini?

Garis panduan tambahan ini adalah ditujukan kepada pemilik atau pengurus restoran (pembungkusan, pandu-lalu, dan penghantaran sahaja) untuk dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

*Sebarang bentuk arahan baru yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara boleh memansuhkan garis panduan tambahan ini.

Apakah yang anda perlu lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

  • Sebarang aktiviti makan di restoran baik secara individu mahupun berkumpulan (Dine-in) adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI seperti yang telah diarahkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan. 
  • Pemilik atau Pengurus Restoran hanya dibenarkan menjalankan urusniaga secara Pembungkusan (Take away), Pandu lalu (Drive-through) dan Penghantaran (Delivery) SAHAJA.

GARIS PANDUAN URUSNIAGA PEMBUNGKUSAN (TAKE AWAY) DAN PANDU-LALU (DRIVE-TROUGH)

1. Amalan penjagaan kebersihan dan jarak sosial (Social Distancing) dengan pelanggan:

  • Menyediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada pelanggan untuk mencuci tangan sebelum dan selepas pembayaran dan pengambilan makanan dibuat.
  • Semasa berbaris di kaunter pembayaran, sila pastikan jarak di antara pelanggan adalah sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain sementara menunggu giliran. Tanda-tanda atas lantai (floor markers) boleh digunakan untuk memudahkan penjarakkan antara pelanggan. 
  • Pemilik atau Pengurus Restoran digalakkan untuk menyediakan laluan atau kawasan menunggu khas bagi golongan individu yang berisiko tinggi (seperti warga emas dan ibu mengandung serta individu yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung, paru- paru dan masalah buah pinggang). Pemilik atau pengurus restoran juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk mengatur waktu urusniaga khas kepada golongan berisiko tinggi ini. 

2. Amalan penjagaan kebersihan dan jarak sosial (Social Distancing) di antara pelanggan dan pekerja:

  • Pemilik atau pengurus Restoran boleh mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan alternatif pesanan dan pembayaran makanan atas talian (online), bagi mengurangkan masa menunggu dan komunikasi antara pekerja restoran dan pelanggan. 
  • Sila pastikan semua pekerja restoran mencuci tangan menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) sebelum dan selepas berinteraksi dengan setiap pelanggan.
  • Elakkan daripada sebarang interaksi bersentuhan (sentuhan fizikal) antara pelanggan dan pekerja restoran. 
  • Pilih kaedah pembayaran tanpa sentuh seperti E-wallet atau PayWave menggunakan kad kredit / debit. Resit hanya perlu dicetak berdasarkan permintaan pelanggan dan diambil sendiri oleh pelanggan.

GARIS PANDUAN URUSNIAGA PENGHANTARAN (DELIVERY)

1. Amalan penjagaan kebersihan dan jarak sosial (Social Distancing) di antara pekerja restoran dan penghantar makanan (Rider):

  • Pilih kaedah pengambilan makanan tanpa sentuh. Elakkan daripada interaksi antara dua pihak secara bersentuhan dan amalkan jarak sosial sekurang-kurang 1 meter di antara pekerja restoran dan penghantar makanan (rider).
  • Pastikan pekerja restoran dan penghantar (rider) mencuci tangan mereka menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) sebelum dan selepas berinteraksi. 

GARIS PANDUAN PEKERJA RESTORAN

1. Sila pastikan setiap pekerja restoran melaporkan status kesihatan masing-masing sebelum memulakan kerja pada setiap hari dan setiap waktu kemasukan pekerja (syif). Majikan perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan pekerja dengan memaklumkan pekerja yang tidak mempunyai gejala penyakit COVID-19 (demam, batuk, masalah pernafasan) dan tidak mempunyai kontak rapat (pesakit COVID-19 yang disahkan), SAHAJA yang dibenarkan untuk bekerja.

2. Pekerja yang mempunyai gejala penyakit COVID-19 atau mempunyai kontak rapat COVID-19 yang disahkan, disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan diberikan cuti sakit oleh majikan.

3. Pastikan setiap pekerja restoran mempraktikkan amalan dan tatacara penjagaan kebersihan yang betul:

  • Setelah pekerja sampai ke premis restoran dan dalam tempoh waktu semasa bekerja; Sila pastikan tangan dicuci dengan sabun dan air selama 20 saat ATAU dengan bahan pencuci tangan (hand sanitizer); dan
  • Sekiranya batuk atau bersin: Sila tutup mulut menggunakan siku ATAU “Catch it, Bin it, Kill it’- Batuk atau bersin menggunakan kertas tisu yang baru dan membuangkannya dengan segera. Sila cuci tangan dengan segera sejurus selepas batuk atau bersin.

4. Pekerja restoran juga tidak digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk datang bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sekiranya masih perlu menggunakan pengangkutan awam, amalkan jarak sosial (social distancing) yang betul- dengan menjarakkan diri sekurang-kurang 1 meter daripada penumpang-penumpang lain dan sebolehnya elakkan menyentuh muka dengan tangan sendiri.

Diterbitkan oleh,

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor

Selangor Task Force for Covid-19

(STFC)

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.