Inisiatif

COVID-19
2/4/20
STFC19
Isu
Selangor

Garis Panduan Tambahan Untuk Kedai Runcit & Kedai Serbaneka oleh Selangor Task Force Covid-19

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor atau Selangor Task Force for Covid-19 (STFC) mengambil maklum bidang Kesihatan adalah di bawah jurisdiksi Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan negeri bertindak dalam rangka untuk membantu (complement) usaha-usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai ‘Custodian of Health’ – ‘Penjaga Kesihatan’ untuk seluruh Persekutan Malaysia.

Ikuti garis panduan tambahan buat pemilik kedai runcit dan serbaneka bagi memastikan wabak Covid-19 tidak tersebar di premis perniagaan anda.

1. Sediakan hand sanitizer

2. Pastikan pemilik dan pembeli mengamalkan social distancing

3. Tandakan lantai setiap 1 meter untuk panduan pembeli  

4. Jangan benarkan pelangan yang bergejala memasuki premis anda

Bersama kita mesti menang!

#SelangorGempurCovid19

SILA PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN PIHAK BERKUASA PERSEKUTUAN YANG BERKAITAN

Siapakah Sasaran Garis Panduan Tambahan ini?


Garis panduan tambahan ini ditujukan kepada pemilik atau pengurus kedai runcit atau kedai serbaneka untuk dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Prinsip-prinsip dalam garis panduan ini juga boleh digunakan di premis perniagaan lain seperti pasar raya dan pasar basah (wet market)..


*Sebarang bentuk arahan baru yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara boleh memansuhkan garis panduan tambahan ini.


Apakah yang anda perlu lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?


GARIS PANDUAN AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN PENJARAKAN SOSIAL (SOCIAL DISTANCING)

  1. Pemilik / pengurus kedai / pasar perlu mengawal kesesakan orang ramai di dalam premis kedai / pasar raya pada satu-satu masa dan memastikan agar pelanggan dapat menjarakkan diri sekurang-kurang 1 meter antara satu sama lain semasa membeli barangan. Amalan jarak sosial (social distancing) ini juga perlu dilakukan semasa pelanggan semasa menunggu di luar kedai/ pasar raya. Tanda-tanda atas lantai (floor markers) boleh digunakan untuk memudahkan penjarakkan antara pelanggan.
  1. Pemilik / pengurus kedai / pasar boleh mempertimbangkan cadangan untuk membuka premis lebih awal atau menetapkan waktu urus niaga tertentu hanya untuk golongan yang berisiko tinggi (seperti warga emas dan individu yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung, paru- paru dan masalah buah pinggang).
  1. Pemilik / pengurus kedai / pasar digalakkan untuk membekalkan maklumat kepada pelanggan (poster, paparan electronik) berkenaan kepentingan mencuci tangan dengan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) sebelum memasuki premis.
  2. Pelanggan kedai / pasar patut mengamalkan jarak satu meter (social distancing) antara satu sama lain semasa membeli-belah serta elakkan daripada menyentuh muka sendiri.
  1. Pelanggan yang dikenal pasti mengalami gejala COVID-19 (demam, batuk atau masalah pernafasan) atau kontak rapat dengan penghidap COVID-19 yang disyaki atau disahkan, tidak digalakkan untuk membeli-belah di dalam kedai/ pasar raya. Adalah disarankan untuk pelanggan terbabit mencari alternatif yang lain seperti menggunakan khidmat penghantaran, mendapat pertolongan daripada rakan atau ahli keluarga yang lain. Sekiraya tiada kaedah alternatif untuk membeli barangan, pelanggan berkenaan boleh memasuki kedai/ pasar raya tetapi harus menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurang 1 meter dan memakai penutup hidung dan muka semasa membuat pembelian.
  1. Pemilik / pengurus kedai / pasar digalakkan untuk menyediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di pintu masuk kedai / pasar dan memaklumkan kepada para pelanggan melalui alat pembesar suara untuk mencuci tangan sebelum dan selepas urusniaga dibuat.


GARIS PANDUAN KAUNTER PEMBAYARAN

  1. Semasa berbaris di kaunter pembayaran, sila pastikan jarak di antara pelanggan adalah sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain sementara menunggu giliran. Tanda-tanda atas lantai (floor markers) boleh digunakan untuk memudahkan penjarakkan antara pelanggan.
  1. Sila pastikan terdapat laluan khas atau kawasan menunggu khas disediakan untuk golongan individu yang berisiko tinggi (seperti warga emas, ibu mengandung, pelanggan yang menghidap penyakit berisiko tinggi).
  1. Sila pastikan pekerja kedai / pasar sentiasa mencuci tangan dengan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) sebelum dan selepas proses pembayaran dilakukan dengan setiap pelanggan.
  1. Elakkan interaksi bersentuhan (sentuhan fizikal) di antara pelanggan dan pekerja kedai / raya. Sekiranya dibenarkan, sarankan agar pelanggan memegang sendiri barangan mereka di kaunter dan pekerja kedai / pasar hanya perlu mengimbas setiap kod barangan tersebut. 
  1. Pelanggan digalakkan untuk memiilih kaedah pembayaran tanpa sentuh seperti E-wallet atau PayWave menggunakan kad kredit / debit. Resit hanya perlu dicetak berdasarkan permintaan pelanggan dan diambil sendiri oleh pelanggan.


GARIS PANDUAN OPERASI PERNIAGAAN

  1. Semua barangan yang hendak dijual perlulah dibungkus dengan rapi
  1. Kerap melakukan proses penyahkuman atau disinfeksi (dengan bahan pencuci dan peluntur) di atas permukaan yang mudah dicemari kuman seperti tombol pintu, susur tangan di tangga bergerak (escalator), suis, troli, dan tandas (cadangan kekerapan proses penyahkuman adalah setiap 60 minit bergantung kepada jumlah pelanggan).
  1. Menyediakan pencuci tangan (hand sanitizer) dan tisu pakai buang yang secukupnya terutama di tandas-tandas di dalam premis kedai / pasar. 


GARIS PANDUAN PEKERJA

  1. Sila pastikan setiap pekerja kedai / pasar melaporkan status kesihatan masing-masing sebelum memulakan kerja pada setiap hari atau pada setiap waktu kemasukan pekerja (syif). Majikan perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan pekerja dengan memaklumkan pekerja yang tidak mempunyai gejala penyakit COVID-19 (demam, batuk, masalah pernafasan) dan tidak mempunyai kontak rapat (pesakit COVID-19 yang disahkan), SAHAJA yang dibenarkan untuk bekerja.
  1. Pekerja yang mempunyai gejala penyakit COVID-19 atau mempunyai kontak rapat COVID-19 yang disahkan, disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan diberikan cuti sakit oleh majikan.
  1. Pastikan setiap pekerja kedai / pasar mempraktikkan amalan dan tatacara penjagaan kebersihan yang betul:
    Setelah pekerja sampai ke premis kedai / pasar dan dalam tempoh waktu  bekerja; Sila pastikan tangan dicuci dengan sabun dan air selama 20 saat ATAU dengan bahan pencuci tangan (hand sanitizer); dan
    • Sekiranya batuk atau bersin: Sila tutup mulut menggunakan siku ATAU “Catch it, Bin it, Kill it’- Batuk atau bersin menggunakan kertas tisu yang baru dan membuangnya dengan segera. Sila cuci tangan dengan segera sejurus selepas batuk atau bersin. 
  1. Pekerja kedai/ pasar juga tidak digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk datang bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sekiranya masih perlu menggunakan pengangkutan awam, amalkan jarak sosial (social distancing) yang betul- dengan menjarakkan diri sekurang-kurang 1 meter daripada penumpang-penumpang lain dan sebolehnya elakkan menyentuh muka dengan tangan sendiri.


Diterbitkan oleh,


Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor

Selangor Task Force for Covid-19

(STFC)


19 MAC 2020

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.