Inisiatif

Ekonomi
8/8/22
Isu
Selangor

BIASISWA WANITA SELANGOR MENERUSKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM)

Biasiswa Wanita Selangor adalah salah satu ikhtiar Kerajaan Negeri menyokong dan membuka peluang serta ruang kepada wanita dalam bidang pendidikan dan pemerkasaan.

Sebanyak RM200,000 setahun telah diperuntukkan bagi pemberian biasiswa sebagai pelaburan jangka panjang untuk terus memberdaya wanita. Baru-baru ini juga, Biasiswa Wanita Berdaya Selangor kohort dua bagi program pembelajaran sepanjang hayat telah disampaikan kepada 12 penerima.

Tajaan pengajian melibatkan program diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah yang akan mengangkat lagi wanita ke aras terbaik kepimpinan. Pendidikan berterusan sangat penting untuk memperkasa wanita dalam pembangunan negeri.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.