Media

Peristiwa
15/12/23
Selangor
Bantuan
Negara

Berita Harian: Skim Perubatan MADANI beri lebih sejuta rawatan sakit ringan percuma

KUALA LUMPUR: Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih sejuta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga hari ini sebanyak 1,005,645 rawatan sakit-sakit ringan diberikan kepada 785,623 pesakit, melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM62.5 juta.

"Kerajaan telah menunjukkan komitmen berterusan terhadap skim ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024, agar skim ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

"KKM dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan penglibatan klinik swasta di seluruh negara, bagi memperluas akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dengan membantu menampung kos rawatan sakit-sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan, tanpa sebarang caj.

Semakan kelayakan dan carian klinik swasta boleh boleh didapati melalui laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my, aplikasi 'Skim Perubatan MADANI' dan MySejahtera. – BERNAMA

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.