Suara

COVID-19
8/7/21
Isu
Selangor
Bantuan
Perayaan

Berita Harian: Petugas ibadah korban di Selangor kena vaksin

SHAH ALAM: Petugas terbabit dalam ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha di Selangor tahun ini akan diberikan keutamaan mendapat suntikan vaksin pelalian COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata individu yang ingin menjadi petugas ibadah korban perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dos pertama vaksin.

"Kita sudah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghubungi semua masjid bagi mendapatkan senarai petugas yang belum divaksin.

"Saya juga sudah maklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan serta Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud mengenai perkara ini yang mana petugas akan diberikan keutamaan mendapat vaksin.

"Penetapan syarat (vaksin) adalah untuk memastikan tiada penularan COVID-19 di lokasi pelaksanaan ibadah korban tahun ini" katanya pada sidang media Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) 2021 di Bangunan SUK, hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata, sebanyak RM5.05 juta hasil sumbangan sembilan anak syarikat kerajaan negeri disalurkan kepada program terbabit.

Katanya, sebanyak 670 lembu dan 1,000 kambing akan diagihkan kepada Ahli Parlimen, penyelaras Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyelaras ADUN untuk diedarkan kepada masjid di kawasan masing-masing.


Ketika ditanya mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan korban, beliau berkata ia akan diumumkan JAIS dalam masa terdekat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.