Media

Polisi
4/3/21
Isu
Selangor

Berita Harian: 3 negeri diisytihar kawasan Larangan Pembakaran Terbuka

KUALA LUMPUR: Selangor, Pahang dan Johor diisytiharkan kawasan Larangan Pembakaran Terbuka berkuat kuasa serta merta sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pengisytiharan itu dibuat selaras peruntukan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, berkata berikutan pengisytiharan itu, semua pihak dilarang melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

Beliau berkata, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan.

"Orang ramai diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.