Inisiatif

Peristiwa
4/4/24

Berbuka puasa di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Bersama-sama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya 1445H bertempat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

DYMM Tuanku berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada seramai 489 asnaf dari daerah Petaling dan turut menerima menerima bayaran zakat perniagaan daripada 2 buah syarikat iaitu Sime Darby Property Berhad dan

CelcomDigi Berhad.

Usai berbuka, Baginda menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama rakyat.

Menjunjung kasih Tuanku.

#KitaSelangor

#Ramadan

#Petaling

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.