Inisiatif

Peristiwa
3/4/24

Berbuka puasa di Masjid Bandar Saujana Putra.

Mengiringi DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj & DYMM Tengku Permaisuri Norashikin serta DYTM Raja Muda Selangor ke majlis berbuka puasa DYMM Tuanku bersama rakyat dan perasmian Masjid Bandar Saujana Putra.

DYMM Tuanku berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah keseluruhan RM214,500.00 kepada seramai 429 penerima dari daerah Kuala Langat yang terdiri daripada golongan asnaf dan mualaf.

Dalam majlis ini DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad, MAHSA University dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Usai berbuka puasa, DYMM Tuanku menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih bersama-sama dengan rakyat.

Menjunjung kasih Tuanku.

#KitaSelangor

#Ramadan

#KualaLangat

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.