Suara

Peristiwa
25/6/20
Isu
Selangor

Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor

Dalam memastikan tiada kelompok yang ketinggalan, Kerajaan Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor telah mewujudkan Portal Pendidikan secara dalam talian untuk memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin, Muallaf, gharimin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian.

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat LZS. Kami di Kerajaan Selangor berharap usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf dalam mencapai pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri yang mampu mengubah nasib  keluarga.

Seramai lebih 16,000 pelajar asnaf dan miskin telah dibiayai untuk pengajian luar dan dalam negara dalam pelbagai bidang serta fakulti.

Untuk pengetahuan umum, wang Zakat Selangor telah dimanfaatkan untuk membiayai pengajian tinggi pelajar asnaf dan fakir miskin sejak tahun 2008.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.