Inisiatif

Polisi
9/9/20
Belanjawan Selangor 2021
Selangor

Ayuh Rancang Bersama Belanjawan Selangor 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 telah berlangsung dan para peserta aktif berbincang serta ‘memerah otak’ bagi mendapatkan formula terbaik dalam mendepani cabaran ekonomi semasa terutamanya di era pasca COVID-19.

Belanjawan Selangor 2021  ini merangkumi 5 tonggak utama iaitu:

1. Pertanian, Pelancongan & Agropelancongan

2. Kesihatan Awam & Bandar Berdaya Huni

3. Usahawan Mikro, Digitalisasi & Kemiskinan Bandar

4. Penciptaan Kekayaan

5. Industri Kreatif

Belanjawan umpama reaktor bagi sesebuah negeri atau negara itu merencanakan masa depan kerana kebergantungan pembentukan polisi ekonomi yang berkait rapat dengan hala tuju belanjawan.

Saya menjemput setiap warga Selangor untuk turut serta membangunkan Belanjawan Selangor 2021 ini supaya sifatnya lebih inklusif serta menyeluruh. Lontarkan cadangan anda ke www.amirudinshari.com/selangor2021 segera untuk kami nilai dan pertimbangkan.

#Selangor2021

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.