Media

Peristiwa
23/4/24
Selangor

Astro Awani: KL20 2024: Kerajaan umum RM3 bilion pelaburan termasuk Khazanah Berhad

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa pelaburan dalam usaha merancakkan lagi industri syarikat pemula di Malaysia termasuk pelaburan berjumlah RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah pelaburan berkenaan meliputi Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), dan Blue Chip Venture Capital.

“Sehubungan dengan itu, saya juga berbesar hati berkongsi bahawa Khazanah Nasional akan melancarka

"National Fund-of-Funds" dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam inovasi syarikat berpertumbuhan tinggi di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Perdana Menteri, dalam pengumuman Belanjawan Malaysia MADANI 2024 pada Oktober lalu, beliau menggariskan komitmen kerajaan untuk membantu syarikat Malaysia membabitkan usahawan Bumiputera, syarikat baharu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus meningkat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan penunuhan pejabat dan dana baharu di ibu negara melibatkan 12 firma antarabangsa yang canggih.

Selain itu, syarikat berteknologi tinggi yang akan menyediakan operasi, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ibu pejabat serantau turut disediakan.

Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka, serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.

Lebih 3,000 peserta terdiri daripada pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat pemula niaga dijangka menghadiri acara tersebut.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.