Suara

Peristiwa
28/8/21

Al-Fatihah Atas Pemergian Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

Inalillahiwainnailahirajiun.

Menerima perkhabaran dukacita Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara ke-9 telah meninggal dunia pagi ini. Almarhum berusia 82 tahun.

Negara kehilangan seorang tokoh yang terbilang, menabur khidmat bakti di pelbagai sektor selain dari tiga dekad dalam perkhidmatan awam negara. Almarhum memulakan kerjaya sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah Klang pada tahun 1961.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.